23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia cemerlang ke separuh akhir

Mesti Baca

PEMAIN perseorangan utama negara, Lee Zii Jia beraksi cemerlang menewaskan jaguh Denmark, Anders Antonsen untuk menempah slot ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China sebentar tadi.

Dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Zii Jia turun dengan penuh keyakinan selepas berbekal satu kemenangan ke atas pemain Taiwan semalam.

Pemain di rangking kelapan dunia itu berjaya menghampakan Antonsen dengan 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit.

Turut mara ke separuh akhir, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik  selepas mencatatkan kemenangan kedua menewaskan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Aaron-Wooi Yik menumpaskan beregu Indonesia itu dengan 19-21, 21-14, 21-15 dalam masa 58 minit.

Goh Tze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Sebelum itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas menundukkan beregu Taiwan.

Advertisements

Beregu ketujuh dunia itu berjaya menumpaskan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 15-21, 21-19, 21-13 dalam masa 52 minit sekali gus menjarakkan kemenangan kepada 3-1 dalam empat pertemuan.

Set pertama menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin bergelut untuk mendapatkan mata apabila sering melakukan kesilapan sendiri di hadapan jaring sehingga ketinggalan 11-4 sebelum berjaya merapatkan kedudukan dan tewas 15-21.

Di set kedua, kedua-dua beregu saling berkejaran mata namun Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya meresap tekanan sebelum menang 21-19.

Pada set pertemuan, juara Terbuka China itu tampil dengan lebih yakin dan berjaya mengatasi masalah permainan jaring untuk menang 21-13.

Esok, Sze Fei-Nur Izzuddin perlu menewaskan satu lagi beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin untuk menempah slot ke separuh akhir.

Kedua-dua beregu masing-masing mencatat satu kemenangan dan sekali tewas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan