26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

FLYsiswa dinaikkan kepada RM400 mulai 1 Januari – PM

Mesti Baca

KERAJAAN bersetuju menaikkan kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa kepada daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Karnival Pengangkutan Siswa MADANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

“Saya umumkan (bantuan subsidi pembelian tiket) naik RM400,” kata beliau pada majlis itu.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Bantuan itu bakal memanfaatkan 74,500 pelajar daripada universiti awam, politeknik, institusi pendidikan guru (IPG) dan matrikulasi seluruh negara dengan implikasi kos sebanyak RM24 juta.

Pelaksanaan ini juga dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 60,000 orang pelajar yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisements

“Semoga anak-anak mahasiswa dapat manfaatkannya untuk keluarga dan yang tersayang sambil terus memusatkan tumpuan kepada penguasaan bidang dan disiplin yang diceburi,”katanya menerusi Facebook beliau.

Pada majlis itu, Anwar berkata, tanggungjawab menegakkan kebenaran atas dasar fakta menjadi begitu terpenting dan para mahasiswa mesti menjadikannya sebagai satu budaya.

Katanya, dalam menyikapi pelbagai isu semasa yang dekat dengan rakyat, mahasiswa tidak harus terperangkap dengan naratif yang mengarah kepada kehancuran dan kebinasaan sistem tata masyarakat.

“Sebagai ‘conscience of the majority’ atau jurubicara rakyat, anak-anak muda terutamanya di kalangan mahasiswa mesti lebih tangkas menegak fakta dan tanam serta benam naratif perkauman yang merosakkan.

“Tidak terhad kepada itu, wujud segelintir gerombolan yang sengaja menanam kebencian atas dasar wilayah, kenegerian dan sebagainya sebagai memaju kepentingan yang tempang.

“Mari bersama kita pupuk budaya kecintaan antara masyarakat, perkukuh kemajmukan sebagai tiang kekuatan, dan semai rasa kasih kepada yang miskin dan melarat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar sifatkan lawatannya ke UAE membuahkan kejayaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan pertamanya ke luar negara tahun ini ke Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

Lagi Artikel Berkaitan