27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Johor teliti isu kenaikan cukai harta agar tidak beban rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor akan meneliti dan mempertimbangkan kaedah dan kadar kenaikan cukai harta yang bakal dilaksanakan agar ia tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai notis kenaikan kadar taksiran cukai harta yang akan dikuatkuasakan bermula Januari tahun depan.

“Sejak akhir-akhir ini kerajaan negeri sering mendapat maklum balas daripada rakyat tentang notis kenaikan kadar taksiran cukai harta yang akan dinaikkan tidak lama lagi.

“Ia melibatkan lima PBT terlibat iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

Advertisements

“Cukai harta atau cukai taksiran yang tidak dinaikkan di Johor sejak tahun 2013 adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar termasuklah tanah kosong di dalam kawasan PBT mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap kemaslahatan rakyat.

“Oleh itu berdasarkan maklum balas pelbagai pihak, kerajaan negeri akan meneliti dan mempertimbangkan kaedah dan kadar terbaik agar tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang sedang meningkat.

“Kerajaan negeri juga berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengelirukan dan memutarbelitkan perkara ini,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan