27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Monsun Timur Laut: 5,648 lokasi banjir dikenalpasti – Razarudin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,648 lokasi banjir di 163 daerah seluruh negara dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berisiko tinggi berlakunya banjir ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri, Razarudin Husain berkata, PDRM sentiasa bersiap siaga untuk menggerakkan kekuatan operasi bagi menghadapi bencana banjir, terutamanya ketika MTL.

Menurutnya, perancangan atur gerak rapi telah dibuat dalam menghadapi MTL yang diramal bermula lebih awal tahun ini iaitu dari November ini hingga  Mac 2024.

“Atur gerak itu turut melibatkan lima negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak juga dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya banjir.

“Ia bagi memudahkan perancangan awal atur gerak penugasan dan pelan intervensi keselamatan.

“Bagi mengetuai operasi ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dilantik sebagai komander operasi bencana peringkat pusat. 

“PDRM juga bekerjasama rapat dengan agensi-agensi keselamatan lain untuk memastikan setiap misi bantuan dan menyelamat mangsa dapat dilaksanakan dengan pantas,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, kata beliau, PDRM turut  bersiap sedia untuk menggerakkan aset-aset terdiri 503 buah bot banjir, treler bot (206 buah) ; lori (497 buah) ; kereta pacuan empat roda (802 buah) dan vav/ambulan (17 buah) bagi menghadapi MTL.

“Sebanyak 6,028 jaket keselamatan dan lapan pesawat udara turut akan digerakkan mengikut keperluan dan perkembangan semasa bencana.

“Secara keseluruhan, terdapat lima agensi kerajaan termasuk PDRM yang akan ditugaskan untuk menghadapi MTL dengan jumlah kekuatan keseluruhan seramai 61,839 orang. 

“Jumlah ini merangkumi 19,085 orang dari PDRM diikuti Angkatan Tentera Malaysia (4,205 orang) ; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (24,114 orang);  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10,510 orang) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (3,925 orang) bersama rakan-rakan agensi keselamatan lain yang akan sentiasa mengambil tindakan segera di kawasan yang terlibat bencana banjir,”jelasnya.

Kata beliau, masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko banjir, dinasihatkan agar memberi kerjasama serta patuh kepada arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah demi keselamatan serta mengelak kejadian tidak diingini.

“PDRM juga akan memastikan peranan utama memastikan tahap keselamatan termasuk di sempadan negara, kekal diberikan tumpuan sepanjang penugasan bencana banjir berlangsung,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan