Thursday, July 23, 2026

MARA, kerajaan Johor teroka potensi kerjasama industri halal

MARA memiliki ekosistem yang luas merangkumi latihan, pembiayaan, fasilitasi keusahawanan serta institusi pendidikan teknikal dan profesional yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya...

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) dan Kerajaan Negeri Johor sepakat untuk meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa industri halal di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, potensi itu boleh dibentuk menerusi kerjasama MARA dan Johor Halal Development Corporation (JHDC) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Beliau berkata, antara potensi kerjasama yang dikenal pasti termasuklah memperkasa sistem dan proses pensijilan halal, membangunkan usahawan kecil dan sederhana dalam industri halal, serta memperluas pasaran produk halal tempatan sehingga ke peringkat global melalui konsep Gate-to-Global.

“MARA memiliki ekosistem yang luas merangkumi latihan, pembiayaan, fasilitasi keusahawanan serta institusi pendidikan teknikal dan profesional yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh pembangunan ekonomi halal.

“Keupayaan ini boleh digembleng bersama inisiatif kerajaan negeri demi manfaat rakyat,” kata beliau selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Fared Mohd Khalid dan delegasi di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur hari ini.

Di samping itu, Kerajaan Negeri Johor juga bersetuju menerusi Yayasan Majlis Agama Islam Negeri Johor menjalin kerjasama strategik dengan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang bagi mewujudkan sebuah pusat dialisis.

Asyraf Wajdi berkata, dengan adanya pusat dialisis itu, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat tetapi juga membuka peluang pembelajaran secara praktikal kepada pelajar bidang bioperubatan di institusi tersebut.

“Insya-Allah, dengan sinergi ini, MARA dapat terus memainkan peranan yang lebih besar dalam memperkasa ekonomi ummah dan menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri halal global dengan kerjasama yang erat melalui Kerajaan Negeri Johor,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan