29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bayi perempuan maut lemas dalam kolam renang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi perempuan maut selepas ditemui lemas di dalam kolam renang rumah datuknya di Tambun semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 8.45 malam selepas bapa bayi tersebut menjumpai mangsa dalam keadaan terlentang dan terapung dalam kolam renang itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia setahun sembilan bulan bersama kedua-dua ibu bapanya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun kerana menziarahi ahli keluarga mereka di sebuah rumah lot yang dimiliki oleh datuk mangsa.

“Selepas menemui mangsa di dalam kolam terbabit, bapa mangsa kemudiannya menghantar mangsa ke sebuah hospital swasta namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa ialah akibat lemas.

Sehubungan itu, ibu bapa mangsa disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) iaitu membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

“Justeru, pihak polis ingin memberi nasihat dan peringatan kepada orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan bagi mengelakkan berlakunya sebarang tragedi yang tidak diingini,”katanya. – BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan