32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

4 mat rempit ditangkap pukul polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT mat rempit ditangkap kerana disyaki memukul seorang anggota polis yang bertugas dalam Op Selamat ke-20 di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota polis berkenaan diserang dan dipukul empat lelaki berkenaan pada pukul 3.04 petang hari raya kedua semasa sedang bertugas.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis telah menjalankan serbuan di dua lokasi berasingan dan berjaya menahan keempat-empat suspek yang berusia antara 23 hingga 39 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal yang dibuat, kesemua mereka mengaku telah terlibat dalam kejadian merusuh dan juga aktiviti perlumbaan haram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ujar beliau lagi, semakan mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 dan 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000  jika sabit kesalahan.

“Kesemua suspek kini direman selama empat hari hingga Jumaat ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan