26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Lebih 150 ‘mat rempit’ diberi tazkirah selepas ditahan

Mesti Baca

LEBIH 150 ‘mat rempit’ ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur awal pagi ini sebelum diarah menunaikan solat subuh berjemaah dan diberikan tazkirah.

Tazkirah yang memberi fokus ke arah kesedaran tentang keburukan merempit dan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain itu sampaikan oleh ASP Zamri Basiran dan Inspektor Abdullah Hafiz.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, dalam operasi yang dijalankan pihaknya itu, sebanyak 142 motosikal diperiksa dan 17 daripadanya disita.

Katanya, dalam operasi tersebut seramai 152 orang telah dibawa ke JSPT Kuala Lumpur dan diambil tindakan saman dengan kesemua mereka berumur 15 hingga 24 tahun. 

Advertisements

Manakala motosikal yang disita akan dibuat pemeriksaan selanjutnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Mat rempit yang ditahan kerana terlibat lumba haram diberi tazkirah. – Foto JSPT Kuala Lumpur

“Pendekatan secara keagamaan dan ilmiah kepada remaja diharapkan dapat membantu remaja warisan negara ini untuk menunjukkan akhlak mulia kepada masyarakat.

 “Ibu bapa disarankan agar memberi lebih perhatian dalam mendidik anak-anak dan menjadikan mereka rakan untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang mereka hadapi. 

“Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan fokus mereka terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan