32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aksi persahabatan Harimau Malaya di Terengganu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Terengganu menjadi lokasi pilihan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi dua aksi persabahatan antarabangsa Tier 1 pada Jun ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, dua aksi persahabatan itu adalah menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun sementara satu lagi aksi akan diadakan pada 20 Jun bertemu Yemen.

Sebelum ini, dua lokasi, Pulau Pinang dan Terengganu disenarai pendek bagi menganjurkan perlawanan persabatan skuad kebangsaan selepas Johor.

Untuk rekod, Kepulauan Solomon ketika ini berada di ranking ke-136 sementara Yemen pula di kedudukan lebih rendah di tempat ke-154 dunia.

Advertisements

Perlawanan ini penting sebagai persiapan skuad bimbingan Kim Pan Gon bagi menyertai saingan Pestabola Merdeka pada Oktober ini dan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.

Dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini, anak buah Pan Gon berjaya merekodkan dua kemenangan dalam aksi persahabatan selepas menewaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong (2-0).

Kemenangan itu melonjakkan skuad Harimau Malaya daripada kedudukan ke-145 kepada 138 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

FAM dilaporkan merancang untuk mendapatkan lawan lebih kuat seperti Jepun, China dan Uzbekistan untuk aksi persahabatan seterusnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan