Monday, June 15, 2026

Remaja lelaki lemas ditemui dalam longkang

Mesti Baca

SEORANG Remaja lelaki ditemui lemas di dalam longkang besar di Jalan Bukit Idaman, Kampung Bukit Lenggong, Gombak, hari ini.

Mangsa Muhammad Danial Rizal Suardi, 15, diselamatkan orang awam namun disahkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 2.55 petang.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat, seorang remaja lelaki disyaki lemas namun berjaya dibawa naik oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan