27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik, 9 terselamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMBILAN individu termasuk seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dan dua kru bot berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung, Perak hari ini.

Difahamkan bot berkenaan melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong pada sekitar jam 10 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian melibatkan mangsa pelancong tempatan pada jam 10.58 pagi.

“Setiba pasukan bomba dilokasi pada jam 11.15 pagi, mendapati dua mangsa telah lemas.

“Dua mangsa berkenaan adalah remaja OKU berusia 17 tahun dan seorang wanita 34 tahun yang telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Advertisements

“Manakala tujuh mangsa yang lain berusia antara tiga hingga 34 tahun selamat selepas berjaya berenang ke pantai.

“Mangsa lelaki (OKU) yang lemas telah sedar selepas diberi bantuan CPR (resusitasi kardiopulmonari) oleh orang awam seterusnya dibawa ke hospital oleh EMRS bomba.

“Seorang lagi mangsa iaitu wanita tidak sedarkan diri dirawat oleh anggota KKM (Kementerian Kesihatan) dan didapati mempunyai nadi seterusnya dibawa ke hospital oleh ambulans KKM,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata, kesemua mangsa terselamat dalam kejadian terbabit dan operasi tamat pada 12.15 tengah hari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan