27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Mayat lelaki selamatkan 2 kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang ditemui

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan dua kanak-kanak di Pantai Bagan Lalang semalam ditemukan di tepi pesisiran pantai berdekatan Avani Sepang Goldcoast.

Mangsa ditemukan orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi dalam keadaan terapung sebelum dinaikkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, mangsa lemas dikenali sebagai Muhammad Faizal Mahasan, 29.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi tadi selepas ditangguhkan malam semalam akibat cuaca gelap.

“Operasi pagi ini disertai 15 anggota polis, 10 penyelam daripada Unit Penyelam Klang (bomba), 16 anggota APM dan MPSepang (Pantas) seramai enam orang.

Menurut beliau, siasatan mendapati, mangsa dipercayai lemas selepas cuba menyelamatkan dua kanak-kanak yang mandi di pantai berkenaan.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang semalam, dua beradik masing-masing berusia 7 dan 9 tahun ditemukan lemas oleh nelayan dan orang awam.

Difahamkan, kedua-dua mangsa sebelum itu dilihat mandi di pantai berhampiran dengan Restoran HM Bagan sebelum lemas.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Airis Nuraini, 9, dan Aisyah Tasnim Mohd Zafifi, 7. – Edisi 9

Terkini

Selangor jual 5kg beras RM13 di seluruh negeri

KERAJAAN Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan 5 kilogram (kg) beras putih tempatan pada harga RM13 bagi membantu rakyat di...

Lagi Artikel Berkaitan