28.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024

Laporan tanah runtuh Batang Kali diperoleh akhir Jun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LAPORAN kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember lalu akan diperoleh akhir Jun ini dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Kementerian itu melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan dalam peringkat penyediaan deraf laporan akhir.

Katanya, Antara elemen yang diambil kira dalam persediaan laporan itu adalah kerja-kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisaan data. 

“Data daripada ujian ini adalah penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi.

“Laporan hasil penemuan akan diperolehi pada akhir Jun dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk semua pihak yang terlibat mengambil tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Seramai 31 mangsa maut sementara 61 lagi terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember lalu di di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.

Kelmarin, beberapa mangsa menyuarakan kekecewaan terhadap kerajaan kerana sehingga kini belum ada sebarang laporan siasatan dikeluarkan berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Nanta Linggi berkata, JKR bersedia memberikan laporan terbaik kepada semua pihak terutama keluarga mangsa.

“Saya memahami banyak pihak termasuk keluarga mangsa yang terjejas ingin mengetahui atau mendapatkan laporan akhir kejadian berkenaan.

“Justeru saya memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha yang terbaik untuk melengkapkan proses ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid puji program CSR MARA, dedah pelatih aplikasi kursus

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendekati komuniti melalui program tanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan