26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Maritim Malaysia-USGC jalani latihan bersama

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USGC) menjalani latihan bersama di atas kapal USCGC Cutter Munro di perairan Laut China Selatan selama empat hari bermula 26 Ogos lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan (BPPM) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, latihan itu bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai aspek berkaitan penguatkuasaan maritim dan keselamatan laut di rantau ini.

“Kerjasama antara Maritim Malaysia dan USCG adalah satu langkah proaktif dalam meningkatkan keselamatan dan keamanan perairan. 

“Latihan ini adalah contoh kerjasama erat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pegawai dari kedua-dua agensi,” katanya menerusi kenyataan pada sesi latihan di atas kapal USCGC Cutter Munro di Kuantan, hari ini.

Maritim Malaysia dan USGC mengadakan latihan bersama di atas kapal USCGC Cutter Munro di perairan Laut China Selatan selama empat hari dan akan berakhir esok. – Edisi9/Maritim Malaysia

Antara aktiviti atau latihan yang dilaksanakan kedua-dua agensi adalah latihan penggeledahan (interdiction) dan Damage Control Fire Fighting (DCFF)

Selain itu, Maritim Malaysia juga dijemput membuat lawatan di atas kapal USCGC Cuttter Munro bagi melihat sendiri keupayaan serta kelengkapan kapal tersebut. 

Aminuddin berkata, ianya bertujuan memberikan pendedahan kepada pegawai dan anggota yang terlibat terhadap aspek kesiapsiagaan dan operasi penguatkuasaan maritim.

Advertisements

“Dua pegawai Maritim Malaysia diberi peluang untuk menyertai on-board training bersama UCSGC Cutter Munro. Latihan ini bertujuan mendedahkan pegawai terhadap ilmu kelautan dan navigasi yang lebih mendalam. 

“Ini memberi platform untuk mengukuhkan kerjasama antara Maritim Malaysia dan USCG dalam pembangunan kapasiti dan meningkatkan koordinasi bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara,” ujarnya. 

Kapal USCGC Cutter Munro

Sementara itu, Kuasa Usaha Kedutaan AS, Manu Bhalla berkata, lawatan tersebut hanyalah satu contoh perkongsian kukuh kedua-dua negara mengenai keselamatan maritim dan penguatkuasaan undang-undang. 

“Bersama-sama, kedua-dua negara kita bekerjasama dalam kesedaran domain maritim, latihan bersama, memerangi penangkapan ikan yang haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal, serta usaha penguatkuasaan undang-undang yang lain,” katanya. 

Dalam pada itu, pegawai memerintah USCGC Cutter Munro, Kapten Rula F. Deisher berkata, mereka sangat gembira dengan peluang bekerjasama dengan Maritim Malaysia.  

“Kami teruja dengan aktiviti bersama di laut yang bakal dilakukan sambil merapatkan jalinan keboleh operasian kedua-dua belah pihak,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan