31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Operasi pencarian di lokasi nahas 95 peratus selesai – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

OPERASI mengesan saki baki cebisan mayat mangsa dan pembersihan sisa pesawat yang terhempas berdekatan Bandar Elmina telah 95 peratus selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini susulan kesemua 10 mayat mangsa telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat dengan hanya satu daripada jasad sempurna.

Katanya, laluan utama di Persiaran Elmina yang ditutup bagi operasi tersebut dijangka akan kembali dibuka kepada orang awam tengah hari ini.

“Jasad yang lengkap ada satu, yang tidak lengkap hampir sembilan. Kita boleh cakap bahawa kita telah pun menemukan 10 (mayat), human remain kita ada ambil 15 termasuk kepala, tangan dan kaki.

Advertisements

“Barang peribadi seperti jam, duit kalau tidak terbakar dalam 21. Buat masa ini kesemua human remain telah kita bawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, Razarudin berkata, pesawat malang tersebut tidak mempunyai perakam data penerbangan (FDR) sebaliknya menggunakan perakam suara kokpit (CVR) sahaja.

Menurut beliau, CVR tersebut ditemui bersama bangkai pesawat berkenaan.

“Kapal terbang ini daripada siasatan mempunyai CVR sahaja, dia tiada FDR. Ianya telah diambil oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tebang satu pokok, tanam semula 100 pokok – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menanam 100 pokok baharu bagi setiap...

Lagi Artikel Berkaitan