34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pestabola Merdeka: Tajikistan ganti Lebanon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TAJIKISTAN telah mengesahkan penyertaan sebagai pasukan keempat bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2023 susulan penarikan diri skuad kebangsaan Lebanon.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) pada Isnin lalu yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menarik diri.

Katanya, alasan diberikan LFA adalah disebabkan Lebanon dan Palestine telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini.

“FAM mengambil langkah proaktif dengan segera menghubungi beberapa pasukan sebagai pengganti supaya perjalanan pertandingan tersebut yang telah ditetapkan untuk disertai empat pasukan.

“Kami telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) yang kini berada di ranking ke-110 dunia menggantikan slot yang ditinggalkan Lebanon,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Pestabola Merdeka 2023 bakal berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pada majlis undian yang berlangsung pada 8 Ogos lalu menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah diundi bertemu India, manakala Palestine berdepan Lebanon untuk Hari Perlawanan 1 pada 13 Oktober.

Sementara itu, Noor Azman berkata, tiada perubahan jadual dan undian susulan penggantian pasukan yang dilakukan.

“Biarpun dengan perubahan terbaharu ini, susunan jadual perlawanan berdasarkan ketetapan majlis undian sebelum ini akan dikekalkan iaitu Malaysia bertemu India manakala Palestine kini akan menentang Tajikistan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan