28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Rahsia Petua, gabung penyanyi berbilang bangsa di Malaysia

Mesti Baca

SEMPENA dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, lima penyanyi dari pelbagai bangsa bergabung dalam satu lagu.

Di bawah satu bumbung Universal Music Malaysia, lagu berjudul Rahsia Petua dilancarkan yang mencerminkan keindahan budaya dan perpaduan bangsa Malaysia.

Lagu ini menampilkan penyanyi daripada pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina, India, dan tidak terkecuali juga daripada etnik Sabah.

Rahsia Petua dinyanyikan oleh bintang yang hangat di persada muzik Malaysia seperti Kmy Kmo, Luca Sickta, Nicole Lai, Psychomantra, dan Benzooloo.

Muzik Rahsia Petua dicipta khas bagi mengetengahkan ekspresi melodi dan budaya, disamping menceritakan perpaduan bangsa di Malaysia.

Selaku pengarah muzik lagu ini, Luca Sickta berkata, kesempurnaan hasil karya ini dibawakan oleh keunikan bakat daripada artis berbilang bangsa.

Rakaman Rahsia Petua dijalankan di beberapa lokasi terpilih seperti di Studio Kota Kinabalu bagi Benzooloo, Studio Mass Music di Petaling Jaya untuk Nicole Lai dan Psychomantra, serta Studio LS and Beats di Shah Alam bagi Kmy Kmo & Luca Sickta.

Bagi Nicole Lai dan Psychomantra, lagu ini adalah lagu pertama yang dinyanyikan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu.

“Semangat perpaduan yang ditonjolkan ini telah menghasilkan sebuah lagu yang menakjubkan hasil tonasi melodi serta lirik yang menarik dan senang diingati oleh pendengar,” katanya.

Advertisements

Namun begitu, Psychomantra turut menghadapi cabaran ketika proses rakaman dijalankan, dimana bait bait bahasa yang ingin disampaikan harus diulangi untuk kesempurnaan produksi lagu ini.

Kmy Kmo, selaku pencipta dan penulis lirik lagu ini berkata, melodi nyanyian yang dibawakan oleh Nicole Lai digubah dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti kesesuaian korus, vokal dan kesinambungan lirik ke penyanyi seterusnya.

Di samping itu, muzik video hasil karya Cinemalaya ini, beberapa lokasi telah dipilih untuk penggambaran seperti di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Batu Caves dan Thean Hou Temple.

Manakala bagi Benzooloo, penyanyi tunggal dari Sabah pula, rakaman videonya dijalankan di Kundasang dan Kota Belud, Sabah.

Lokasi berkenaan mencerminkan keindahan suasana Gunung Kinabalu yang juga salah satu tarikan utama pelancongan di Malaysia dan sekaligus menjadikan cinematografi visual dan tona warna lebih menarik serta menonjol.

Satu-satunya penyanyi wanita serta berbangsa Cina di dalam lagu ini, Nicole Lai berharap kata-kata di dalam lagu ini dapat disampaikan dan dihayati oleh pendengar Rahsia Petua.

Lagu Rahsia Petua ini turut dijayakan dengan sokongan rangkaian cafe tempatan Secret Recipe.

Rahsia Petua boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan