30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Impian Malaysia terkubur, Tajikistan juara Pestabola Merdeka 2023

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

IMPIAN penyokong Harimau Malaya menjulang trofi Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila tewas 2-0 kepada Tajikistan dalam aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Malaysia harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal menterjemahkan sebarang jaringan sebaliknya membenarkan dua gol lawan hasil kelekaan barisan pertahanan.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding aksi menentang India Jumaat lalu apabila menyenaraikan Brendan Gan dan Safawi Rasid.

Masih segar dengan kemenangan 4-2 ke atas India, Harimau Malaya dilihat mendominasi perlawanan menerusi gerakan yang dijelma arkitek tengah, Endrick dos Santos.

Selepas menyerap serangan tuan rumah, Tajikistan yang berada di ranking ke-110 dunia akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-44 menerusi rembatan Soirov Rustam.

Advertisements

Malaysia cuba bangkit mencari gol penyamaan di babak kedua apabila Pan Gon membawa keluar Arif Aiman Hanapi dan digantikan dengan Akyar Rashid.

Percaturan tersebut tampak menambah tenaga di jentera serangan namun ketumpulan penyudah penyerang itu mengecewakan lebih 30,000 penyokong di Bukit Jalil.

Faisal Halim turut terlepas peluang berharga menyamakan kedudukan apabila berjaya menggelecek dua pertahanan Tajikistan sebelum menyungkit bola namun ditepis keluar penjaga gol.

Tajikistan mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Samiev Shahrom pada minit ke-88 yang memanfaatkan salah faham antara Dominic Tan dan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.

Keputusan tersebut menyaksikan rekod tujuh kemenangan berturut-turut Harimau Malaya di bawah Pan Gon berakhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan