32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Video tular jambatan retak bukan berlaku di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VIDEO yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial sejak Ahad, bukan berlaku Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan hari ini.

Malah, LLM berkata, video tersebut juga didapati telah lama tular dan bukan berlaku di Jambatan Pulau Pinang (JPP) mahupun Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) seperti didakwa.

“Hasil siasatan oleh PLUS Malaysia Berhad dan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), kejadian tersebut tidak berlaku di mana-mana bahagian struktur JPP dan JSAHMS.

Advertisements

“Pihak JKSB juga hari ini telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, KKR dan LLM menasihatkan semua pihak supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan salah faham dan kebimbangan rakyat Malaysia terutamanya pengguna JPP dan JSAHMS.

Sebelum ini, Jambatan Kedua Sdn Bhd dalam kenyataan turut menafikan video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular dalam media sosial sejak Ahad berlaku di jambatan kedua di Pulau Pinang itu.

Menurut kenyataan itu, JKSB telah menerima rakaman video berdurasi 28 saat yang mendakwa wujud kesan retakan pada struktur pembinaan JSAHMS. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan