26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Two L lebar sayap fesyen saiz besar ke seluruh negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JENAMA fesyen terkenal, Two L berhasrat melebarkan sayap ke seluruh negara menerusi koleksi pakaian wanita komprehensif dengan saiz antarabangsa bermula S hingga 4XL.

Pengasas Two L dan Musii, Datin Niscofia Lau berkata, jenama fesyen berusia 23 tahun itu kini mempunyai sebanyak tujuh kedai di Malaysia dan mengalu-alukan sebarang perkongsian berpotensi daripada pihak berminat.

Jelas beliau, keistimewaan Two L terletak pada penggunaan fabrik dan corak yang cantik, memenuhi keperluan yang pelbagai dan menjadikan jenama tersebut benar-benar tersendiri.

“Kejayaan perniagaan ini bergantung kepada tiga elemen utama, komitmen berada di barisan hadapan dalam fesyen dan reka bentuk, dedikasinya terhadap perkhidmatan pelanggan yang membuatkan pelanggan berasa dihargai dan keupayaannya mengenal pasti jurang pasaran.

“Misi kami adalah memastikan setiap pelanggan mendapat produk dan perkhidmatan berkualiti, memenuhi permintaan wanita moden terkini dan menawarkan pakaian sedia dipakai yang cantik dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pertunjukan fesyen bertemakan Love Large Fashion Fest di The Starhill, baru-baru ini.

Two L berhasrat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara menerusi tawaran pakaian bersaiz besar. – Edisi9/Two L

Turut hadir pencipta kandungan digital, MaoMao dan pelakon tempatan, Meeki.

Advertisements

Menurut kedua-dua personaliti tersebut, fesyen yang ditawarkan Two L adalah luar biasa terutama selepas menyarungkan koleksi indah Spring Scenery.

Koleksi Spring Scenery ialah gabungan seni dan fesyen yang menakjubkan, diinspirasi daripada seni lukisan dakwat Oriental tradisional, satu bentuk seni yang berakar umbi dalam permaidani warisan budaya.

Ciptaan hebat itu menggabungkan teknik seperti fabrik jacquard, dilengkapi dengan simpulan Cina yang rumit, sulaman indah, batu berlian serta kilauan mutiara.

Unsur-unsur ini secara kolektif berfungsi untuk menyerlahkan keanggunan wanita dengan daya tarikan dan aura moden yang tiada tandingan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Musii, Mansee Lau berkata, matlamat mereka adalah untuk menawarkan kesesuaian sempurna yang memperkasakan wanita, membantu memberi keyakinan kepada pemakainya.

“Reka bentuk kami memberi penghormatan kepada semua wanita, untuk setiap musim dan acara. Musii lebih daripada fesyen, ia adalah simbol kehidupan yang berkualiti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan