31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ahli Parlimen Labuan nyatakan sokongan kepada PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Labuan daripada Bersatu, Datuk Suhaili Abdul Rahman menerusi kenyataan hari ini.

Suhaili berkata, masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya adalah antara faktor yang dipertimbangkan untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

Walau bagaimana pun, Suhaili berkata, beliau tetap taat dan setia kepada Bersatu selain kekal menjadi ahli parti berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Advertisements

“Meskipun berkemungkinan akan berdepan dengan risiko sebarang tindakan displin daripada parti, namun saya sedia menerimanya.

“Saya dengan ini menyokong dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal yang mengutamakan usaha-usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 yang akan datang,”katanya.

Ujar beliau, pengisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri itu tanpa paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan apa yang dilakukannya adalah seikhlas hati dan demi kepentingan rakyat Labuan.

Terdahulu pada 12 Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri mulai tarikh berkenaan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan