27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pemandu ‘e-hailing’ terlibat langgar lari berjaya ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menahan pemandu sebuah kereta e-hailing yang sebelum ini diburu kerana dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Dengkil-Bangi Lama menghala ke Kajang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan ke atas suspek iaitu seorang lelaki berbangsa India, 29, itu dilakukan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang semalam.

“Polis turut melakukan ujian saringan awal air kencing ke atas suspek dan keputusan mendapati negatif.

“Suspek juga dibawa ke Hospital Putrajaya bagi pengambilan spesimen darah dan air kencing untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pemeriksaan kandungan dadah dan alkohol,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan terperinci masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semalam, media melaporkan, polis memburu pemandu sebenar sebuah kereta e-hailing yang terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Dengkil-Bangi Lama menghala ke Kajang, pagi semalam.

Advertisements

Ini susulan tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza berhenti di tepi jalan selepas melanggar sebuah kereta.

Beliau dilaporkan berkata, daripada siasatan awal mendapati dalam kejadian pukul 7.52 pagi itu, kereta jenis Perodua Bezza yang tertera logo syarikat e-hailing berkenaan dikatakan telah merempuh sebuah kereta lain sebelum melarikan diri.

“Dalam rakaman itu kedua-dua lelaki berbangsa India dikatakan telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain sebelum itu,” katanya.

Sebelum ini, menerusi video tular yang sama, dua lelaki dalam kereta itu dilihat berada dalam keadaan tertidur selepas memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum didekati pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, sebaik tersedar dari tidur, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut melarikan diri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan