26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Subsidi ayam ditamatkan, subsidi telur diteruskan – Mohamad Sabu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk menamatkan sepenuhnya subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa Rabu ini.

Namun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C dengan menggunakan makanisme sedia ada.

Ujar beliau, penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan tren semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah stabil yang menyumbang kepada harga di bawah harga siling.

“Rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi di mana ketika ini turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

“Kerajaan akan terus memastikan harga jualan ayam di pasaran yang akan diapungkan adalah pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media Penamatan Kawalan Harga Dan Subsidi Ayam di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (LPP) Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisements

Turut hadir Timbalannya, Chan Foong Hin; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Mohd. Sayuthi Bakar.

Mohamad berkata, sejak Februari lalu, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Jelas beliau, ini bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit.

“Kerajaan juga bersedia mendapatkan bekalan tambahan daripada sumber luar, jika terdapat kekurangan daripada segi bekalan yang menyebabkan kenaikan harga secara mendadak.

“Selain itu, kerajaan akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan