26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di daerah Kuala Muda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Muda iaitu di Dewan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, dibuka jam 3 pagi hari ini.

Dengan pembukaan PPS tersebut menjadikan jumlah PPS yang aktif setakat ini adalah sebanyak tiga buah.

PPS Dewan Masjid Al Huda menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga manakala dua lagi PPS yang dibuka sejak semalam iaitu Dewan UMNO Kampung Bukit Belah (20 orang daripada enam keluarga) manakala Dewan SJK (C) Min Terk (84 orang daripada 28 keluarga).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, jumlah terkini mangsa banjir yang ditempatkan di tiga PPS di daerah Kuala Muda adalah seramai 110 mangsa daripada 35 keluarga.

“Jumlah itu membabitkan penduduk di empat mukim yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda daerah itu sejak semalam.

“Lokasi terjejas antaranya adalah Kampung Batu 5, Mukim Gurun, Taman Bersatu, Taman Widuri, Taman Teratai, Taman Kenari Biru, Taman Songket, Taman Berlian, Kampung Baru Belah, Kampung Batu 2, Kampung Haji Wahab, Taman Ambangan Heights, Taman Sari, Kampung Belakang Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Min Terk dan Kampung Watt Siam di Mukim Sungai Petani.

Advertisements

“Selain itu, Kampung Baru Bakar Arang di Mukim Sungai Pasir manakala Kampung Jerung di Mukim Sidam Kiri turut dinaiki air,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua mangsa dipindahkan berikutan banjir kilat berlaku akibat hujan lebat bermula jam 5.30 petang Ahad di beberapa kawasan di daerah ini.

Beliau berkata, punca kejadian itu berlaku disebabkan limpahan air secara mengejut dan berlebihan.

“Selain itu, turut berlaku kejadian air pasang besar yang mana pintu air ditutup sehingga jam 1.16 pagi tadi untuk mengelakkan kejadian lebih buruk.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda mangsa dan paras kedalaman air setinggi antara 0.5 meter hingga satu meter,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan