25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiga kereta mewah konvoi dari Singapura kemalangan, rosak teruk

Mesti Baca

TIGA daripada enam kereta mewah dari Singapura rosak teruk apabila konvoi mereka bertukar tragedi selepas terbabit kemalangan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, insiden berlaku pada jam 9 pagi membabitkan tiga kereta mewah jenis Maclaren M4.

“Kemalangan berlaku apabila tiga kereta dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di tempat kejadian, Maclaren M4 pertama telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu masuk ke simpang kanan manakala Maclaren M4 kedua di belakang menekan brek.

“Kemudian datang Maclaren M4 ketiga dari belakang, hilang kawalan dan tidak dapat brek dengan baik lalu terlanggar belakang Maclaren M4 kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, kereta kedua bergerak ke hadapan dan terlanggar pula belakang Maclaren M4 pertama.

Katanya, Maclaren M4 pertama mengalami kemik di belakang sementara Maclaren M4 kedua kemik di depan dan belakang manakala Maclaren M4 ketiga kemik di bahagian hadapan.

Pemandu kereta mewah berkenaan, Basil Wong Jun Hao, Matthew Mcgrory dan Marcus Luah Chuan Guan tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan