27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

UiTM Melaka mohon maaf isu penularan video seram

Mesti Baca

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka memohon maaf di atas kebimbangan orang ramai berhubung video TikTok kisah seram yang berlaku di UiTM kampus Alor Gajah, Lendu.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka memaklumkan, pihaknya mengambil maklum termasuk tindakan bagi menangani perkara berkenaan.

“Pihak pengurusan telah menyiasat kesahihan video berkenaan dan menasihati individu yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan video berkenaan adalah pengalaman peribadi mereka dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus itu.

Advertisements

“Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti.

“Pihak universiti juga menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan kepada pelajar yang terkesan dengan kandungan video itu,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, semua kakitangan residen di kolej kediaman cakna akan perkara terbabit dan sentiasa memantau keselamatan pelajar ketika di kolej. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan