30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pemuda UMNO mahu KPM teruskan Minggu Solidariti Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menyatakan sokongan penuh kepada Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau melihat tiada sebab mengapa KPM perlu membatalkan program tersebut.

Katanya, modul mengenai isu sebenar yang berlaku di Palestin dan sejarah bagaimana konflik Palestin-Israel ini perlu dididik kepada murid-murid agar mereka dapat memahami dan menjiwai isu tersebut.

“Kefahaman ini penting supaya generasi baru Malaysia mempunyai literasi yang tuntas bagaimana rakyat Palestin ditindas dan dizalimi.

“Apakah puncanya, siapa dan institusi mana yang terlibat, apa tindakan bantuan yang boleh dilakukan. Ia membina kesedaran dan semangat solidariti dalam diri mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, seramai 12 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) PKR menggesa KPM mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam bermula hari ini.

Advertisements

Dalam satu kenyataan bersama, wakil-wakil rakyat itu mahu penelitian semula terhadap program itu demi menjamin sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur dendam dan keganasan. 

Sementara itu, Muhamad Akmal berkata, ia bukan soal unsur keganasan dan elemen dendam seperti yang dinyatakan oleh 12 wakil rakyat berkenaan.

Sebaliknya kata beliau, ia banyak berkait soal bagaimana untuk tingkatkan kesedaran secara terpimpin terhadap konflik Palestin-Israel.

“KPM wajar terus laksanakan. Saya juga ingin mencadangkan agar PMX (Perdana Menteri) dapat menghantar 12 orang wakil rakyat ini ke misi kemanusiaan di Palestin.

“Ini agar mereka dapat tahu dengan lebih jelas tentang isu yang berlaku di sana jika masih lagi tidak memahami apa yang berlaku,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan