29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bekas Menteri Penerangan Myanmar ditahan

Mesti Baca

BEKAS Menteri Penerangan Myanmar ditangkap dan didakwa kerana menggalakkan perbezaan pendapat terhadap tentera.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tentera yang menghadapi tentangan bersenjata menahan beberapa pegawai ketika konflik sivil melanda ekonomi Myanmar.

Ye Htut adalah Menteri Penerangan dan jurucakap Presiden di bawah kerajaan tentera Thein Sein, yang menyerahkan kuasa kepada Aung San Suu Kyi berikutan pilihan raya penting 2015.

Dalam satu kenyataan, pasukan maklumat junta berkata, lelaki berusia 64 tahun itu ditahan pada petang semalam berhubung “menyebarkan maklumat salah di media sosial”.

“U Ye Htut ditangkap malam tadi dan didakwa mengikut seksyen 505 (a),” kata sumber keselamatan.

Seksyen 505 mengharamkan sebarang tindakan yang dianggap menjejaskan tentera dan membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Advertisements

Penahanannya dibuat seminggu selepas saluran Telegram pro-junta menuduhnya mendedahkan alamat seorang pegawai tentera yang bersara di media sosial.

Pentadbiran Thein Sein membenarkan beberapa liberalisasi ekonomi dan sosial – termasuk memberikan parti pembangkang, Suu Kyi akses kepada politik arus perdana.

Ye Htut mendapat gelaran “Menteri Facebook” pada masa itu kerana kerap memuat naik hantaran di rangkaian media sosial.

Selepas persaraannya, beliau kekal aktif di platform dan berkongsi butiran mengenai perjalanannya.

Kali terakhir dia memuat naik hantaran adalah pada 27 Oktober lalu ketika lawatan ke Tasik Inle, tempat popular untuk pelancong. -Agensi

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan