33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki direman pecahkan cermin rumah bekas isteri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan Polis disyaki melakukan tindakan khianat dengan memecahkan cermin rumah bekas isterinya di Taman Pinji Indiah, Ipoh, Perak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa pada 4 April lalu dan susulan itu, suspek yang berumur 46 tahun ditahan di Taman Ipoh semalam.

Katanya, video kejadian berdurasi 26 saat sempat dirakam mangsa dan tular di media sosial sejak semalam.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati beliau positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek akan direman pada 6 April untuk membantu siasatan lanjut.

Advertisements

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Jenayah),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian dan video yang tular di media sosial tersebut.

“Dengan tertangkapnya suspek maka kes ini telah diselesaikan. 

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak Polis mahupun mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan