Sunday, July 19, 2026

Suspek bunuh isteri dengan tukul besi direman 7 hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang disyaki membunuh isterinya sendiri menggunakan tukul besi di rumah mereka di Kampung Besol, Bukit Besi di Dungin, Terengganu, pagi semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 32 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Perintah tahanan reman ke atasnya dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, polis mendapat perintah reman terhadap suspek sehingga Rabu depan.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan oleh anggota polis semalam sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu,” katanya, hari ini.

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai bertindak membunuh isterinya, Rubiah Sabtu, 41, dengan memukul di bahagian muka dan kepala dipercayai menggunakan tukul besi.

Difahamkan, terdapat enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat dipercayai menjadi punca kematian Rubiah dengan pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan dua kesan hentakan pada bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Pasangan tersebut baharu sahaja berkahwin setahun lalu.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan