30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Syed Ibrahim dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif MDEC

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi yang berkhidmat selama 25 tahun di Telekom Malaysia Berhad

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkuat kuasa 1 April lalu.

Menurut MDEC dalam kenyataan hari ini, Syed Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Bhd iaitu dari 1989 hingga 2014 dengan jawatan terakhir adalah penolong pengurus besar.

“Beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem,” kata MDEC. 

Perlantikan Syed Ibrahim dibuat susulan perletakan jawatan Datuk Rais Hussin pada Oktober lalu. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan