30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

MDEC anjur IDE2023 buat julung kali

Mesti Baca

BAGI memupuk kerjasama dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor ekonomi digital Islam, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam (IDE) 2023.

MDEC dalam satu kenyataan berkata, IDE adalah salah satu sektor penting dalam pengagihan kekayaan dan sumber yang inklusif selaras visi Malaysia Madani.

IDE juga salah satu daripada sembilan bidang tumpuan utama di bawah insiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD) dalam membantu MDEC memastikan hala tuju yang tepat menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).

“Malaysia kekal sebagai peneraju Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama sembilan tahun berturut-turut, dipacu ekosistem halal yang pesat dalam sektor kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesra Muslim, media dan rekreasi.

“Sektor ekonomi Islam ini dijangka mencecah nilai global sebanyak AS$7.7 trilion menjelang 2025,” katanya.

Advertisements

Kenyataan itu berkata, MD Tasree` turut diperkenalkan untuk menerajui pembabitan industri, penjanaan idea, mempromosi projek perintis, pengkomersialan penyelesaian teknologi dan menjadi saluran yang kukuh bagi agenda MD Pemangkin.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MDEC dengan Halal Development Corporation (HDC) dalam pembangunan teknologi digital Halal seperti Halal Assurance System dan Halal Traceability serta meningkatkan tahap penerimagunaan dalam kalangan usahawan dan perusahaan kecil, mikro dan sederhana.

“Usaha ini dipergiatkan melalui pembabitan syarikat berstatus MD yang akan dibantu oleh MDEC dengan kerjasama rakan ekosistem,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ekonomi digital Islam MDEC, layari https://mdec.my/islamicdigitaleconomy. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia kesan kapal terlibat pelanggaran hilangkan diri

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia sedang mengesan salah sebuah daripada dua kapal dagang yang terlibat dalam pelanggaran di 25 batu...

Lagi Artikel Berkaitan