31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sekat isu Palestin: Pengendali TikTok akan dipanggil – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil pengendali platform media sosial, TikTok berhubung sekatan yang dikenakan terhadap kandungan yang dimuat naik berkait isu Israel-Palestin.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ini susulan aduan daripada pengguna TikTok mendapati kandungan yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti ‘Hamas’ dan sebagainya diturun secara automatik oleh pihak terbabit.

Katanya, kementerian juga telah berhubung dengan pengendali TikTok bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut namun jawatan yang diberikan tidak memuaskan.

“Ada pengguna yang menyatakan kandungan yang dimuat naik pada pukul 1.20 dan pada 1.21 kandungan itu telah diturunkan, susulan kononnya terdapat pelanggaran pada garis panduan komuniti.

“Saya mungkin akan minta garis panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil (TikTok),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Solidariti Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, hari ini.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE yang dihadiri lebih 3,000 rakyat daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama.

Ia bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin ketika ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau ada menerima mesej kononnya daripada pihak Meta berhubung sekatan pada kandungan berkaitan solidariti namun, mesej yang diterima itu didapati tidak benar.

“Apabila saya rujuk pihak Meta yang menjaga rantau Asia Tenggara, mereka menyatakan itu adalah mesej yang tidak benar dan bukannya daripada pihak Meta. Pada waktu ini tiada sekatan terutamanya di Facebook,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan