27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM bertemu Menteri Kewangan Turkiye, Mehmet Simsek

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kewangan Turkiye Mehmet Şimşek di Hotel Shangri-La Bhosphorus, Istanbul.

Pertemuan tersebut berlangsung kira-kira satu jam bagi membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua negara.

“Saya memulakan lawatan kerja hari ini di Istanbul dengan bertemu sahabat lama saya Menteri Kewangan Turkiye Mehmet Şimşek. Perbincangan tertumpu pada usaha mendepani tantangan ekonomi global.

“Kami meneruskan perbincangan dengan meneroka peluang-peluang baharu ekonomi, selain perbincangan turut terkait mengenai aspek pertahanan dan keselamatan serta usaha mengembang potensi pelaburan dan perdagangan dalam lapangan pembangunan teknologi dan pelancongan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Şimşek merupakan kenalan rapat Anwar yang banyak memberi sumbangan menjalinkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Advertisements

Seterusnya Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan Pengarah Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turkiye Ibrahim Kalin selepas itu.

Kemuncak lawatan Perdana Menteri ke republik itu ialah bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Istana Vahdettin jam 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Ia bagi membincangkan isu peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel serta kerjasama yang dapat dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Palestin terus terbela.

Kali terakhir kedua-dua pemimpin Islam itu bertemu ialah di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 23 September lalu.

Pertemuan dua sahabat rapat ketika itu antara lain memutuskan Malaysia bersetuju menangani Islamofobia di Asia manakala Turkiye pula di benua Eropah dan rantau Timur Tengah.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan