Tuesday, July 21, 2026

Ahli Amanah, Akwam diminta sebar kefahaman Islam sebenar

Ini kerana persepsi Islam terancam yang dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menarik sokongan orang Melayu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELURUH ahli Amanah dan Akademi Kepimpinan Wawasan Amanah (Akwam) diminta untuk menyebarkan kefahaman tentang Islam yang sebenar kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam itu adalah rahmat kepada seluruh alam.

“Menjadi tanggungjawab AMANAH untuk memperbetulkan persepsi yang dimainkan oleh Perikatan Nasional sebelum ini dan kembali menarik sokongan orang Melayu dan para pegawai kerajaan.

“Ini kerana persepsi Islam terancam yang dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menarik sokongan orang Melayu.

“Ia diterjemahkan dengan kejayaan mereka memenangi begitu banyak kerusi pada pilihan raya di enam negeri sebelum ini.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini begitu ramai pegawai kerajaan menyokong parti pembangkang.

“Maka menjadi tanggungjawab seluruh ahli AMANAH dan AKWAM untuk menyebarkan kefahaman tentang Islam yang sebenar kepada seluruh rakyat di Malaysia,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Akademi Kepimpinan Wawasan Amanah (Akwam) yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Mohamad berkata, menjadi harapan rakyat kepada parti AMANAH amat tinggi apabila ianya ditubuhkan pada tahun 2015 bagi menggantikan PAS yang dilihat semakin ekstrim.

“Semoga kita semua dapat memelihara keamanan dan kemakmuran yang telah terbina ini,”ujar beliau. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan