Monday, July 20, 2026

Lebih 1,600 kanak-kanak Palestin jadi korban Israel

Mesti Baca

LEBIH kurang 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Defence for Children International-Palestine (DCIP), dalam tempoh yang sama, seramai 27 kanak-kanak dibunuh tentera Israel di Tebing Barat.

DCIP berkata jumlah kematian membabitkan kanak-kanak mungkin meningkat, susulan terdapat 1,400 mangsa masih hilang.

“Kanak-kanak Palestin yang terselamat dalam siri pengeboman di seluruh Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan yang teruk.

“Menyaksikan kematian kanak-kanak lain memburukkan lagi pengalaman pahit mereka, meninggalkan parut yang amat memilukan dalam jiwa kanak-kanak ini. Apatah lagi, kehilangan anggota keluarga dalam sekelip mata.

“Kanak-kanak yang sebelum ini merasa selamat dan selesa dalam dakapan keluarga kini menjadi yatim piatu,”menurut pertubuhan itu, memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA). – BERNAMA

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan