25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Tugas berat untuk stabilkan kerajaan, pacu ekonomi – Aminuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan baik di peringkat Pusat mahupun negeri kini mempunyai tugas berat bagi memastikan pentadbiran hari ini terus stabil sekali gus memacu ekonomi negara ke arah lebih baik.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tugas tersebut perlu dipikul bersama oleh semua parti-parti yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan sebagai satu keluarga besar.

Oleh sebab itu, beliau menggesa semua pihak agar terus bekerja bagi memastikan usaha memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dapat berjalan lancar.

“Sekarang adalah masa bekerja. Tugas berat Kerajaan Perpaduan adalah untuk menstabilkan kerajaan dan seterusnya memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

Advertisements

“Kesemua parti di bawah payung Pakatan Harapan adalah satu keluarga besar, dan keluarga ini bertambah besar apabila Kerajaan Perpaduan ditubuhkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Konvensyen Tahunan Kali Ke-22 DAP Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Aminuddin berkata, beliau yakin kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di persada dunia boleh menjadi penanda aras bagi kerajaan negeri untuk bersama-sama menjayakan misi tersebut.

Mengulas mengenai konvensyen DAP itu, beliau berharap ia menjadi platform penting untuk semua berkumpul, bertukar pendapat, dan membincangkan isu-isu semasa yang mempengaruhi Negeri Sembilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan