25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Negeri Sembilan raih pelaburan tertinggi dalam tempoh 10 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGERI Sembilan berjaya meraih jumlah pelaburan tertinggi dalam tempoh 10 tahun berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia membabitkan 166 projek telah diluluskan di negeri itu dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.9 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,597 peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Negeri Sembilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Makan Malam bagi mengalukan-alukan kunjungan hormat Naib Menteri Eksekutif Jabatan Kerja Barisan Bersatu Wilayah Jiangsu, China, Gu Wan Feng.

Majlis tersebut turut dihadiri 41 peserta delegasi daripada Persatuan Usahawan Muda Jiangsu yang terdiri daripada tokoh perniagaan terkemuka dalam pelbagai sektor industri.

Advertisements

Aminuddin berkata, perkembangan ekonomi pada masa kini bergantung kepada pelaburan yang dibawa oleh sektor swasta sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Dengan pelaburan yang semakin rancak, maka rantaian ekonomi akan lebih berkembang pesat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur iaitu Tanco Holdings Berhad kerana sudi menjemput saya untuk hadir ke Majlis Makan Malam bagi mengalukan-alukan kunjungan hormat Gu Wan Feng, Naib Menteri Eksekutif Jabatan Kerja Barisan Bersatu Wilayah Jiangsu, China.

“Saya berharap dengan kelangsungan kunjungan hormat iniakan dapat mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua belah pihak, Insya-Allah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan