26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

FAMA Negeri Sembilan edar 2,500 pek beras putih tempatan

Mesti Baca

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan menerima 2,500 pek atau 2.5 metrik tan beras putih tempatan (BPT) untuk dipasarkan di negeri berkenaan mulai hari ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah itu adalah fasa kedua bekalan BPT yang diterima di negeri itu, selepas 2,000 pek beras 10 kilogram (kg) diterima pada 20 September lalu.

“Negeri Sembilan telah menerima bekalan sebanyak 2.5 metrik tan atau 2,500 pek BPT 10kg untuk dipasarkan di Negeri Sembilan mulai hari ini.

“Kita tahu isu bekalan beras putih tempatan yang bermula sejak Ogos lalu telah melahirkan kebimbangan rakyat dan bagi mengurangkan kebimbangan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui FAMA telah melaksanakan intervensi dalam pengedaran BPT ini.

“Diharap semua pihak tidak membeli BPT dalam keadaan panik kerana kerajaan melalui FAMA akan membekalkannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan JualanAgro Madani Nismilan Prihatin di Dataran Kampung Pachitan di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri dan Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Shahlan Kusaseh.

Advertisements

Terdahulu media melaporkan sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan akan mula diedarkan terus kepada pengguna melalui premis di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan FAMA di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, Amir Mat Amin berkata, BPT itu akan dibekalkan ke 40 premis di bawah LPP iaitu 23 Peladang Outlet, lapan Agro Bazar LPP dan sembilan Kedai Peladang.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri telah meminta FAMA meningkatkan jumlah bekalan supaya semua rakyat Negeri Sembilan dapat membeli BPT ini.

“Saya yakin masalah bekalan BPT ini bersifat sementara, malah Kerajaan Pusat memberi jaminan ia akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata program jualan yang diadakan itu bertujuan membantu meringankan beban pengguna kerana barang keperluan asas dijual pada harga rendah 30 peratus daripada pasaran.

“Sebagai contoh ayam segar dijual dengan harga RM13 seekor, telur ayam RM10 sepapan dan ikan siakap RM10 seekor manakala pek sayur-sayuran dijual RM1 bagi setiap paket,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sehingga hari ini, FAMA Negeri Sembilan telah melaksanakan sebanyak 161 program jualan Agro Madani yang berjaya menjana sebanyak RM3.66 juta. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan