27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Aminuddin umum cuti peristiwa Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, mengumumkan cuti peristiwa pada hari Isnin ini untuk Negeri Sembilan.

Pengumuman itu telah dibuat, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, cuti berkenaan susulan kejayaan parti gabungan Barisan Nasional (BN) dan PH memenangi 31 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, sekaligus membentuk majoriti dua pertiga undi.

“Saya nak umumkan cuti peristiwa istimewa untuk Negeri Sembilan. Kita berehat sehari dua, selepas itu buat kerja pastikan kita bantu rakyat di Negeri Sembilan ini,”katanya selepas pengumuman kemenangan Kerajaan Perpaduan di Klana Resort, hari ini.

Advertisements

Pada PRN ini, Pakatan Harapan memperoleh 17 kerusi DUN, 15 (14 kerusi) dan Perikatan Nasional (lima kerusi).

Selain Negeri Sembilan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan PH dan BN menang dalam PRN.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa sempena PRN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan