25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PH-BH berjaya bentuk kerajaan di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DI SELANGOR, dilaporkan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk kerajaan negeri.

Ia apabila memperolehi majoriti mudah dengan memenangi 24 daripada 56 kerusi setakat ini.

Seperti dijangka, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mengekalkan kerusi dimenanginya pada 2018.

Beliau memperolehi sebanyak 19,320 undi mengalahkan lawannya daripada Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin yang memperolehi 14,075 undi.

Sementara, Perikatan Nasional (PN) pula memenangi di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Advertisements

PH-BN menang di DUN Sungai Air Tawar, Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Taman Templer, Sungai Tua, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah dan Teratai.

DUN lain yang turut dimenangi PH-BN ialah di Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Meru, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, Pandamaran, Sentosa, Banting, Tanjong Sepat dan Sungai Pelek.

Manakala, kerusi dimenangi PN iaitu di Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Jeram, Hulu Kelang dan Semenyih.

Empat kerusi lain dimenangi PN ialah di Taman Medan, Selat Klang, Sungai Kandis dan Morib.

Sebanyak 17 kerusi lagi masih belum mempunyai keputusan rasmi setakat ini.

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan