Monday, July 20, 2026

FELDA terus komited runding dengan Kerajaan Negeri Terengganu

Dalam mesyuarat terakhir bertarikh 2 Oktober lalu, kedua-dua pihak bersetuju memberi tempoh 40 hari untuk memuktamadkan rundingan secara konstruktif.

Mesti Baca

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menegaskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Terengganu berhubung isu melibatkan kepentingan aset dan perkongsian keuntungan masih berjalan secara baik dan konstruktif.

Menurut FELDA, beberapa siri rundingan rasmi telah diadakan bersama kerajaan negeri bagi mencari penyelesaian terbaik yang berpaksikan semangat kerjasama dan saling menghormati.

“Sebarang cadangan melibatkan perkongsian keuntungan atau penstrukturan semula pegangan aset hanya akan diputuskan selepas dibentangkan serta mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkaitan, selaras dengan proses kelulusan dan tatacara yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.

Tambah FELDA, dalam mesyuarat terakhir bertarikh 2 Oktober lalu, kedua-dua pihak bersetuju memberi tempoh 40 hari untuk memuktamadkan rundingan secara konstruktif.

“Oleh itu, persepsi bahawa rundingan telah terhenti adalah tidak benar dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Proses perundingan masih berjalan secara harmoni dengan penglibatan semua pihak berkepentingan,” kata FELDA dalam kenyataan hari ini.

FELDA turut menegaskan komitmen untuk menyelesaikan isu tersebut dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme, sambil memastikan hak Kerajaan Negeri Terengganu serta kebajikan peneroka sentiasa diutamakan.

“Melalui pendekatan berhemah, saling menghormati dan berpaksikan nilai MADANI, FELDA yakin penyelesaian yang adil dan mampan dapat dicapai demi kesejahteraan bersama,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan