30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Anak lelaki 2 bekas MB NS tewas dalam PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANAK lelaki kepada dua bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama kali bertanding di pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, tewas di kerusi yang ditandingi.

Mohd Najib yang juga anak Tan Sri Mohd Isa Samad mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kalah dengan majoriti 3,426.

Beliau berentap satu lawan satu dengan calon dari Perikatan Nasional (PN), Abdul Fatah Zakaria.

Mohd Najib memperoleh 7,495 undi manakala Abdul Fatah mendapat 10,921 undi.

Sementara itu, Danni Rais, anak kepada Tan Sri Rais Yatim pula tewas di kerusi DUN Klawang selepas bertanding atas tiket PN.

Advertisements

Danni yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu berdepan saingan tiga penjuru memperoleh 4,021 undi.

Manakala saingannya iaitu penyandang kerusi berkenaan, Datuk Bakri Sawir mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 577 undi.

Sementara calon Bebas, Saiful Bahri Jaaman memperoleh 364 undi.

Terdahulu, gabungan PH dan BN berjaya mengekalkan dalam membentuk kerajaan negeri pada PRN kali ini selepas memperoleh majoriti dua pertiga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan