28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Pemantauan bersasar elak kejadian tidak diingini ketika konsert

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANTAUAN secara bersasar dilaksanakan secara bersepadu bersama pasukan penguatkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika penganjuran konsert.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana penganjuran sesuatu konsert sama ada melibatkan artis luar atau dalam negara adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui PBT berkaitan.

“Selain daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen, polis dan PBT terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) boleh mengambil tindakan secara pentadbiran.

“Ini termasuk memanggil penganjur untuk memberikan penjelasan, memberikan amaran dan menyenarai hitam penganjur, bergantung kepada merit kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan lisan yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Advertisements

Fahmi menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu penganjuran konsert.

Fahmi berkata, terdapat sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada daripada 16 kementerian/jabatan/agensi Kerajaan dan diurusetiakan oleh Unit Puspal di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

“Setiap permohonan yang dikemukakan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada Garis Panduan PUSPAL (GPP) yang menjelaskan dasar kerajaan berhubung penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.

“Selain itu ia turut menjelaskan tatacara permohonan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi termasuk kod etika persembahan dan penggambaran filem asing,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar POLISAS sertai program mobiliti antarabangsa di Jakarta

SERAMAI 12 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) berpeluang menimba ilmu dan pengalaman menarik...

Lagi Artikel Berkaitan