25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kibar Jalur Gemilang tanda kesetiaan kepada negara- PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat di negara ini supaya bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi.

Anwar berkata, dengan itu rakyat dapat menunjukkan tanda kesetiaan dan kecintaan kepada negara selain daripada memahami perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

“31 Ogos 1957 dan berikutnya 16 September 1963, dua hari keramat bagi negara kita. Jadi yang demikian, mari kita raikan, kita tunjukkan bahawa kita adalah satu generasi rakyat yang faham perjuangan bapa-bapa, ibu-ibu kita mencapai kemerdekaan.

“Dan bagaimana harus kita tunjukkan kesetiaan kita, kecintaan kita adalah untuk mematuhi semangat dan prinsip perlembagaan dan meraikan menyantuni dan menjayakan kehadiran hari keramat 31 Ogos,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video Ucapan Khas Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2023 diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

Advertisements

Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pula akan berlangsung di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Perdana berkata, Jalur Gemilang perlu dikibarkan di mana-mana sahaja mulai sekarang bagi melambangkan semangat bersatu padu di bawah nama Malaysia.

“Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos, Hari Kemerdekaan negara dan seterusnya Hari Malaysia, 16 September, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan megah.

“Di setiap kenderaan, jabatan, rumah dan di mana sahaja untuk menunjukkan Malaysia sekarang bangkit sebagai negara yang bersatu padu, punyai cita-cita dan punyai idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan itu.

“Insya-Allah ia akan merupakan satu cetusan semangat baharu dan petanda perubahan dalam negara kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan