26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Muhyiddin perlu bertanggungjawab – Che’gu Bard 

PN gagal tawan NS

Mesti Baca

TAN Sri Muhyiddin Yassin diminta bertanggungjawab atas kegagalan Perikatan Nasional (PN) menawan Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin berkata, ia berikutan keputusan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu melantik Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Beliau berkata, tindakan itu telah menyebabkan status Negeri Sembilan bertukar daripada negeri yang boleh dimenangi PN kepada negeri mudah kalah.

“Senarai calon beberapa orang umur 70 tahun ke atas, calon tak sedia tanding, tak ada jentera, tanpa persediaan kewangan adalah sangat pelik dan seolah sengaja untuk kalah,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Keputusan PRN Negeri Sembilan menyaksikan PN hanya memenangi lima daripada 36 kerusi yang ditandingi, sekali gus gagal mencapai sasaran memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi menewaskan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gu Bard berkata, semangat rakyat Negeri Sembilan yang inginkan perubahan telah dikhianati dengan cara PN bertanding dalam gelanggang PRN.

Beliau kesal kerana sehingga kini tiada sesiapa pun yang mengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk PN di Negeri Sembilan.

Advertisements

“Saya sudah memaklumkan Presiden namun Presiden diharap jangan buat ‘sejuk’ sahaja, masalah sentiasa wujud tapi kena selesaikan bukan ‘sejukkan’ sahaja.

“Ingatlah kekuatan Bersatu dan PN bukan kekuatan parti tapi kekuatan gelombang rakyat, maka jagalah sebaiknya,” katanya.

Badrul Hisham turut mempersoalkan tindakan Bersatu Kedah yang menamakan hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti berkenaan untuk mengisi jawatan exco Kerajaan Negeri Kedah, selain seorang lagi untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau mendakwa, perkara itu didedahkan melalui surat daripada Badan Perhubungan Bersatu Kedah kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Kenapa ini boleh berlaku sedangkan keputusan berbeza dengan keputusan Bersatu Pusat,” katanya.

Berikutan itu, Badrul Hisham meminta Bersatu ‘mengemas rumah’ betul-betul sebelum mempertikaikan parti komponen PN dalam isu lantikan exco kerajaan negeri Kedah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan