31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Annuar dakwa wujud insinuasi terhadap perjuangan Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemimpin UMNO yang kini menyertai Pas, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud gerakan insinuasi terhadap perjuangan Islam dan tendensi ke arah Islamophobia di negara ini.

Menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu, kelompok tersebut yang tidak menyenangi perjuangan Islam dan penyatuan ummah itu sibuk dengan agenda melemahkan gerakan Islam dan gelombang rakyat yang kian meningkat.

Tanpa menyebut kumpulan terbabit, beliau yang juga Pengerusi Muafakat Nasional berkata, mereka masih tidak memahami sentimen dan isyarat yang ditunjukkan rakyat.

“Malah ada yang menyalahkan rakyat dan anak muda. Lebih buruk lagi, menganggap rakyat dan anak muda sebagai bodoh dan tidak pandai menilai dan sebagainya.

“Selagi budaya ini dikekalkan, mereka sebenarnya sedang menghancurkan diri mereka sendiri,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Annuar berkata, kumpulan terbabit terdiri daripada pihak yang bersikap penafian meskipun pilihan raya di enam negeri sudah berlalu dan rakyat telah memberi isyarat jelas.

Katanya, bukan itu sahaja, malahan mereka masih mengekalkan budaya yang sudah ditolak rakyat.

“Ini dapat dilihat menerusi perasaan membenci, mengulang ulang fitnah yang mereka sendiri cipta, selain menyindir.

“Mereka membuat insinuasi terhadap perjuangan Islam, dan menunjukkan tendensi kearah Islamophobia,” katanya.

Annuar yang dipecat daripada UMNO tahun lalu, menyertai Pas pada Jun lalu dan beliau secara agresif membantu jentera Pas berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Sumbangsih: JDT diberi kemenangan percuma

JOHOR Darul Ta’azim (JDT) bakal diberi kemenangan percuma 3-0 perlawanan pertama Liga Malaysia, sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad...

Lagi Artikel Berkaitan