33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kor Ming diminta berhenti politikkan peruntukkan sekolah – MCA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diminta berhenti mempolitikkan peruntukan kerajaan pusat kepada sekolah dengan meletakkan nama dan lambang parti politik di atas replika cek.

Jurucakap MCA, Wong Siew Mun berkata, tindakan Kor Ming itu memburukkan imej Kerajaan Perpaduan kerana ia bukan dari mana-mana parti politik.

“Seseorang menteri itu merupakan wakil rakyat. Mereka haruslah berkhidmat untuk rakyat, namun Kor Ming pula dilihat mempolitikkan peruntukan kerajaan untuk meraih manfaat politik bagi diri dan partinya. 

“Langkah mementingkan diri sendiri seperti ini wajar dihentikan segera,” kata Siew Mun menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu tular gambar mengenai Kor Ming menyerahkan peruntukan kepada beberapa buah sekolah di Perak dengan lambang DAP dan Pakatan Harapan (PH) dipaparkan di atas replika cek tersebut. 

Dalam masa sama, Siew Mun juga merupakan Ketua Pemuda MCA Pahang mengalu-alukan PH dan DAP sekiranya mereka berhasrat untuk menyumbang dana kepada mana-mana sekolah seluruh negara.

“Sekiranya wang tersebut disumbang PH dan DAP, sudah tentu kita semua akan rasa lebih teruja, tetapi media telah melaporkan bahawa peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan. 

“Timbul persoalan, adakah tindakan Nga Kor Ming ini selari dengan reformasi politik yang diuar-uarkan PH?” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan