26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Peluang sama rata, tidak abai kebajikan M40 – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELUANG sama rata diberikan kepada semua golongan pengelasan keluarga tanpa sebarang bentuk pengabaikan dari soal kebajikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuklah tidak mengabaikan kebajikan golongan M40.

“Berikutan itu, dakwaan mengabaikan golongan berpendapatan sederhana itu adalah tidak tepat meski pendekatan kerajaan lebih tertumpu kepada golongan B40.

“Beberapa langkah sudah kita ambil tetapi andaian beri lebih kepada B40 itu tidak betul.

“Sebagai contoh tengok semua sekolah menengah sains atau MRSM (Maktab Rendah Sains Malaysia) termasuk Kolej Melayu dan lain-lain, manfaatnya kepada golongan paling miskin ini sangat kecil tidak sampai satu atau dua peratus.

“Sebab itu saya usulkan kepada Menteri Pendidikan baru-baru ini, menyatakan bahawa sama ada sekolah khas dicadangkan atau tidak mesti diperuntukkan satu hingga lima peratus saja bagi yang benar-benar miskin. Kalau tidak kesenjangan (jurang) akan terus berlaku,” katanya dalam ucaptama Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’ im Mokhtar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar menegaskan meritokrasi saja tidak boleh menjadi kriteria dalam penilaian pendidikan.

Katanya, ia perlu digabungkan dengan latar belakang pendapatan serta faktor kuota dan keistimewaan Bumiputera.

Advertisements

“Sistem ini penting tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya kriteria bagi memastikan pengurusan dan tata kelola negara yang adil.

“Kalau nak bincang meritokrasi antara sekolah terbaik di Kuala Lumpur dengan sekolah di Kapit, Sarawak, itu maknanya menggagaskan satu formula yang tidak menekankan keadilan.

“Ada satu pihak cakap meritokrasi dan ada satu pihak cakap hanya kuota (Bumiputera)…Saya fikir kedua-duanya harus digabungkan, jadi mesti ada juga meritokrasi kalau tidak, kita tidak akan angkat yang terbaik dalam kalangan kita,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kepimpinan kementerian, agensi kerajaan, bank serta golongan elit mendekati golongan bawahan yang mempunyai pemikiran serta keluhan berbeza mengenai meritokrasi dan keadilan sosial.

“Kadang-kadang saya runsing juga, kita sudah merdeka sekian lama dan matang tetapi kadang-kadang wacana kita itu ada dua dan ada pemisahan dalam kalangan atasan dan di bawah.

“Oleh kerana dia (golongan bawahan) tersisih dan terabai maka dia akan lari kepada isu kaum dan agama yang sempit kerana kita (golongan atasan) tidak menyantuni mereka,” katanya.

Beliau juga meminta pemimpin industri termasuk perbankan mendekati golongan pelajar bagi berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya lihat anak muda ini lebih berminat menemui tokoh dan pemimpin industri kerana ini sangat mengesan kepada mereka berbanding mendengar ucapan Perdana Menteri dan menteri,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan