32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Penjawat awam wajib pakai batik setiap Khamis – JPA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA penjawat awam di negara ini diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain.

Peraturan tersebut dinyatakan menerusi satu surat edaran bertajuk ‘Pemakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan’ bertarikh 21 Ogos 2023.

Katanya, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan semenjak 1985. 

“Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain,” katanya.

Surat tersebut ditandatangi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed.

Advertisements

Menurut surat itu, arahan pemakaian tersebut berkuat kuasa mulai dari tarikh surat edaran ini dikeluarkan. 

“Melalui ketetapan baharu ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dibatalkan.

“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian surat edaran ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju agar semua penjawat awam diberi kelonggaran memakai pakaian batik tidak terhad pada Khamis sahaja.

Menerut beliau, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira kesesuaian pakaian bekerja penjawat awam dengan realiti iklim tempatan dan keperluan kecekapan tenaga di premis kerajaan.

“Keputusan telah mengambil kira iklim di negara ini dan juga komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi pembebasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal 2050 dengan mengurangkan jejak karbon daripada amalan penggunaan tenaga elektrik,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan